Friday, July 17, 2009

Melasma

Melasma adalah masalah pigmentasi yang biasa di alami . Warna yang kelabu ke cokelat , selalunya di temui di kawasan muka. Kawasan yang kerap di temui di muka adalah pipi, hidung , dagu dan bibir atas. Melasma juga boleh di temui di bahagian lengan dan leher.

Kebanyakkan melasma berlaku di kalangan wanita , namun begitu 10% kes melasma adalah di kalangan lelaki. Wanita atau lelaki yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap , lebih senang mendapat melasma.


Penyebab melasma masih belum di pastikan , namum orang yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai kes yang lebih tinggi.

Mengandung, pil perancang, kosmetik, rawatan hormone , ubat phototoxic , ubat sawan dan pendedahan kepada matahari boleh menyebab kan melasma. Melasma juga kerap berlaku kepada ibu mengandung dan di nama kan "chloasma". Pendedahan matahari boleh menyebabkan melasma kerana ultraviolet ( UV) dari matahari boleh merangsang melanocytes ( sel pembentuk pigmen kulit ) untuk menghasil kan pigment kulit.

Iritasi pada kulit juga boleh menyebab kan melasma , maka penggunaan produk kosmetik yang menyebabkan iritasi kulit boleh menyebabkan melasma.


No comments:

Post a Comment