
Salam sejahtera, kita mula kan dengan pengenalan kepada perubatan Kosmetik.
Apakah itu perubatan kosmetik?
Mungkin kita terlintas dengan imej Michel Jackson yang telah menjalani perubahan drastik dari segi bentuk dan rupa paras sehingga beliau sentiasa menderita akibat kesan daripada perubahan beliau.
Sebenarnya perubatan Kosmetik adalah lebih daripada itu. Dahulu tiada perubatan Kosmetik , yang ada hanya PEMBEDAHAN PLASTIK . Iaitu seperti memancungkan hidung dan sebagainya.
Perubatan Kosmetik pada dasar nya untuk merawat perubahan pada kulit dan paras akibat kesan penuaan, kesan matahari dan mungkin kesan daripada penyakit.
Contohnya adalah kedut kedut muka adalah kesan penuaan, tompok tompok hitam adalah kesan kerosakan akibat cahaya matahari dan parut jerawat dan chicken Pox adalah kesan dari pada penyakit.
Kita bukan cuba mengubah ciptaan Tuhan tetapi cuma untuk memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk mempunyai kulit yang lebih cantik dan gebu, serta untuk kelihatan lebih muda.
Jika itu adalah salah , maka penggunaan alat makeup seperti cream pemutih adalah salah juga.
Secara ringkas nya , kemajuan sains perubatan di bidang laser telah membuka peluang kepada kita untuk merawat masalah kulit yang dahulunya sukar dan mustahil serta memberi peluang kepada kita untuk kelihatan lebih menawan , segar dan muda.
Namun begitu kecantikan adalah tetap pada mata yang memandang.

No comments:
Post a Comment