Monday, August 17, 2009

Tattoo

Dengan peningkatan nya jumlah orang yang membuat Tattoo , maka makin ramai lah orang yang ingin membuang tattoo. Kadang kadang tattoo mengingatkan kita satu saat di dalam detik hidup kita di mana kita menjadi impulsive dalam membuat keputusan.
Tattoo yang sungguh bermakna dalam hidup kita pada masa dulu , kini menjadi masaalah kepada diri kita pula.
Di Malaysia , pandangan masyarakat terhadap tattoo masih lagi belum terbuka terutama nya di kawasan luar bandar , kerana selain daripada masyarakat peribumi atau sabah sarawak , tattoo bukan lah budaya masyarakat malaysia.
Proses penyingkiran tattoo pada zaman dulu adalah menggunakan asid, pembedahan dan pelbagai cara yang bahaya dan menyakit kan . Kebanyakkan nya bukan sahaja tidak berjaya namun meninggal kan parut yang dalam dan berkekalan.
Namun begitu , sekarang dengan terciptanya Q switched Laser , proses pembuangan tattoo bukan sahaja berkesan , malah tidak meninggal kan parut atau kesan samping yang lain.
sila lihat video di bawah

1 comment:

  1. di klinik ni menggunakan proses yang sama ke untuk pembuangan tato?

    ReplyDelete