Wednesday, August 26, 2009

Fillers

Fillers adalah antara salah satu prosedur asthetic yang terbanyak di lakukan di USA selain daripada Botox.
Tujuan filler adalah untuk mengembalikan volume di kawasan muka terutamanya akibat ketuaan. Selain dari itu , filler juga ada di gunakan untuk membesar kan payu dara, punggung , membentuk batang hidung dan bibir.
Filler secara Am nya terbahagi kepada 2 , kekal seperti collagen , silicone atau tidak kekal seperti AHA dan calcium base dermal filler. Kawasan yang kerap di lakukan filler adalah pipi, bibir,tear through , dagu , naso labial fold , tepi bibir dan wrinkle ( kedut statik ).
Sekarang trend adalah menggunakan filler yang tidak kekal seperti Juverderm , Radiesse dan Restylane .
Filler yang tidak kekal adalah lebih sesuai kerana semakin kita tua , bentuk rupa kita berubah , maka jika kita mengguna kan filler yang kekal , perubahan muka akan menyebab kan filler kekal menjadi tidak normal atau natural.
Filler tidak kekal akan bertahan selama 6 bulan ke 18 bulan maximum.
Filler adalah selamat dan memberi kesan yang sertamerta.
Selamat Mencuba !





Sunday, August 23, 2009

Ulthera


Bulan depan dalam pertengahan bulan September , saya di jemput untuk menghadiri satu workshop / Demo mengenai satu pencapaian baru di bidang aesthetic iaitu Ulthera.
Sebelum ini , Thermage adalah salah satu teknologi radiofrequency yang berkesan untuk menghilang kan kesan kedut di muka dengan tanpa injeksion atau surgery. Kini Ulthera teknology Ultrasound di gunakan pada asalnya untuk merawat Kanser Hati , telah di olah teknology untuk aplikasi di bidang aesthetic.
Kelebihan Ultrasound adalah , boleh di sukat secara terpeinci di lapisan kulit mana untuk di buat rawatan. How true it is..well yet to know.
Harga sebuah machine di quote adalah dalam sekitara RM400,000...WOW..
dah setiap rawatan di kena kan dalam RM5 ribu ke atas...
Syarikat yang mengedarkan Ulthera itu "claim" yang kesan kedut dapat di lihat dengan jelas sejurus selepas client menjalani rawatan...
nanti selepas menghadiri workshop tersebut , akan saya update kan lagi ok

untuk maklumat lebih lanjut ..http://ulthera.com/

Monday, August 17, 2009

Tattoo

Dengan peningkatan nya jumlah orang yang membuat Tattoo , maka makin ramai lah orang yang ingin membuang tattoo. Kadang kadang tattoo mengingatkan kita satu saat di dalam detik hidup kita di mana kita menjadi impulsive dalam membuat keputusan.
Tattoo yang sungguh bermakna dalam hidup kita pada masa dulu , kini menjadi masaalah kepada diri kita pula.
Di Malaysia , pandangan masyarakat terhadap tattoo masih lagi belum terbuka terutama nya di kawasan luar bandar , kerana selain daripada masyarakat peribumi atau sabah sarawak , tattoo bukan lah budaya masyarakat malaysia.
Proses penyingkiran tattoo pada zaman dulu adalah menggunakan asid, pembedahan dan pelbagai cara yang bahaya dan menyakit kan . Kebanyakkan nya bukan sahaja tidak berjaya namun meninggal kan parut yang dalam dan berkekalan.
Namun begitu , sekarang dengan terciptanya Q switched Laser , proses pembuangan tattoo bukan sahaja berkesan , malah tidak meninggal kan parut atau kesan samping yang lain.
sila lihat video di bawah

Tuesday, August 11, 2009

Nevus of Ota

Nevus of Ota ni atau nama saintifik nya nevus fuscoceruleus ophthalmomaxillaris..sebenar nya adalah sejenis masalah pigmentasi kulit di lapisan dermal ( lapisan kedua kulit ).
Oleh itu rawatan sebelum ini sangat sangat lah susah . Malah menggunakan peluntur seperti cream hydriquinone atau kojic acid , tidak memberi kan banyak kesan kepada pesakit.

Namun begitu dengan kemajuan sains terkini dalam bidang laser , didapati dengan merawat pesakit yang mengalami nevus of Ota ini . Q switched Nd:Yag laser , dapat mengurangkan 70%-100% nevus of ota ini.
Namun begitu , pesakit perlulah sabar , kerana rawatan sekurang kurang nya 5 ke 9 session baru lah memberikan hasil yang sangat memuaskan.


Tuesday, August 4, 2009

Laser assisted liposuction

Tahukah anda bahawa sekarang , procedur liposuction adalah antara procedure yang paling banyak di lakukan di Amerika Syarikat. Sebenarnya , sekarang laser assisted liposuction adalah satu procedure yang sangat selamat di lakukan , sehinggakan boleh di lakukan di office base clinic. Namun begitu 2 kes kematian yang berkaitan dengan procedure liposuction menyebabkan orang takut untuk menjalani prosedure liposuction.
Untuk pengetahuan semua , 2 kematian tersebut adalah akibat komplikasi dari General Anaesthesia dan Sedation. Bukan di sebab kan procedure liposuction. Jika proses General Anaesthesia dan sedation tidak dilakukan , maka liposuction adalah sangat selamat.
Di Thalia Clinic , kami melakukan prosedur Laser Assisted liposuction dengan menggunakan laser SMARTLIPO . Sebenarnya procedure yang di lakukan adalah limited kepada body contour atau pon membentuk tubuh badan . Jika procedure untuk MENGURUS kan badan , mungkin antara procedure yang sesuai adalah gastric banding ..
Walaubagaimanapun , laser dari smartlipo ini , mencairkan lemak dan membantu doktor untuk membuang sel lemak dari bahagian tertentu untuk Selama lama nya.


Friday, July 24, 2009

Hair Removal

Keinginan membuang bulu di badan bermula sejak seseorang itu di peringkat remaja dan berterusan sehingga usia tua. Samaada rambut di ketiak, muka , kaki , tangan , bikini line atau mana mana tempat di badan , kebanyakkan wanita DAN lelaki hanya mahu bulu kelihatan di atas kulit kepala sahaja.

Ada pelbagai kaedah untuk membuang bulu badan ini seperti mencabut, mencukur , waxing , laser dan pelbagai.

Kitar Hidup Rambut/Bulu.

Memahami kitar hidup bulu/rambut memboleh kan kita memahami dengan lebih mendalam proses membuang bulu badan lebih berkesan. Rambut menjalani 3 phasa dalam 1 kitaran hidup.
Phasa pertama ANAGEN adalah peringkat awal pertumbuhan rambut , Catagen adalah phasa perantara dan TELOGEN adalah phasa dewasa/rehat.

Jenis jenis kaedah menghilang kan bulu/rambut

1. Mencukur

Ia bersifat sementara , sebenar nya mencukur tidak menyebab kan rambut lagi tebal, tumbuh lagi cepat atau lagi banyak.Ia hanya memotong bulu di bahagian atas kulit , jadi pangkal rambut yang lebih tebal bila memanjang ia kelihatan seoalah olah lebih tebal.

2. Mencabut bulu

Agak menyakit kan .. dan kesan nya lebih lama dari mencukur . Namun begitu ia tetap akan tumbuh semula.

3.Waxing / sugar waxing

Wax yang panas di tuang di kulit , apabila ia sejuk rambut akan terlekat pada wax , kemudian rambut akan di tarik keluar dari kulit.

Sugar Waxing pula mengguna kan GULA seakan akan caramel yang panas akan di tuang di atas kulit . Cara nya sama cuma apa bila sudah selesai , proses mencuci sugar wax ini lebih mudah berbanding traditional wax.

4. Depilatories

Bahan kimia yang di gunakan adalah thioglycolate yang di campur dengan sodium hydroxide atau calcium hydroxide . Ia secara langsung men"cair"kan terus rambut .
Masalah utama adalah kesan samping nya kerana bahan kimia ini boleh men"cair"kan sel kulit juga.

5. Elektrolisis

Kesan lebih baik, menggunakan jarum halus untuk mengalirkan ELEKTRIK terus ke folikel rambut. Secara teori nya , kesan elektrik ini membakar folikel rambut . Elektrolisis adalah salah satu cara untuk membuang rambut secara kekal namun begitu masa yang di ambil untuk prosedure ini adalah lama, SAKIT , memerlukan seseorang yang MAHIR untuk melakukan nya dan prosedure ini perlu di lakukan setiap 12bulan ke 18 bulan. Kesan samping adalah sakit , pembentukan Keloid , hyperpigmentation dan hypopigmentation.

6. Laser

Laser yang di gunakan adalah IPL atau DIODE laser.
Diode laser adalah lebih berkesan. Untuk mengetahui bagaimana laser boleh bertindak menghilang kan bulu badan , sila lihat video di bawah.



Thalia Clinic menggunakan kaedah diode laser untuk membuang bulu badan.

Thursday, July 23, 2009

FRACTIONAL CO2 TECHNOLOGY



Fractional CO2 laser adalah rawatan yang agak terkini untuk merawat masalah kulit muka khusus nya. Untuk mengetahui secara am rawatan laser co2 ini , sila click di gambar untuk membaca rencana yang keluar di Majalah Wanita Ogos 2009.

Berikut adalah procedure fractional CO2 laser menggunakan Laser SmartXide .

Wednesday, July 22, 2009

Intense Pulse Light.

Apa kah itu Intense Pulse Light(IPL)? Apa kah istimewa nya Intense Pulse Light?
Hmmm..secara direct translation adalah ..Intense Pulse Light ada lah gelombang cahaya ( Light ) yang di lepas kan secara "kuat" ( Intense )pada satu denyutan ( pulse).
hmm..tak memberi apa apa maksud yang pasti. namun begitu , untuk peralatan IPL ini , apa yang berlaku , ia menghasil kan cahaya yang kuat mengikut spektrum gelombang cahaya yang tertentu ( mengikut ) filter pada satu satu masa .
Gelombang cahaya yang tertentu boleh merawat masalah kulit yang tertentu .
Kesan kesan IPL pada kulit adalah

1. face rejuvenation
2. rawatan pigmentasi
3. rawatan salur darah di muka
4. Rosacea
5. bulu badan

dan pelbagai lagi.



Di thalia clinic , Mesin IPL yang di gunakan adalah Lumenis One .

Monday, July 20, 2009

Freckles


Freckles merupa kan tompok tompok cokelat di pipi dan badan. Ia menjadi bertambah gelap kalau kulit itu terdedah lebih kerap di matahari.

Freckles boleh tumbuh se awal kanak kanak berusia 2 tahun. Tetapi kebanyakkan terdapat di bahagian tubuh yang banyak terdedah kepada matahari.

Rawatan untuk Freckles adalah chemical peel , Intense Pulse Light dan Q switched Nd:YAG laser sangat berkesan .

Friday, July 17, 2009

Melasma

Melasma adalah masalah pigmentasi yang biasa di alami . Warna yang kelabu ke cokelat , selalunya di temui di kawasan muka. Kawasan yang kerap di temui di muka adalah pipi, hidung , dagu dan bibir atas. Melasma juga boleh di temui di bahagian lengan dan leher.

Kebanyakkan melasma berlaku di kalangan wanita , namun begitu 10% kes melasma adalah di kalangan lelaki. Wanita atau lelaki yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap , lebih senang mendapat melasma.


Penyebab melasma masih belum di pastikan , namum orang yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai kes yang lebih tinggi.

Mengandung, pil perancang, kosmetik, rawatan hormone , ubat phototoxic , ubat sawan dan pendedahan kepada matahari boleh menyebab kan melasma. Melasma juga kerap berlaku kepada ibu mengandung dan di nama kan "chloasma". Pendedahan matahari boleh menyebabkan melasma kerana ultraviolet ( UV) dari matahari boleh merangsang melanocytes ( sel pembentuk pigmen kulit ) untuk menghasil kan pigment kulit.

Iritasi pada kulit juga boleh menyebab kan melasma , maka penggunaan produk kosmetik yang menyebabkan iritasi kulit boleh menyebabkan melasma.


Perubatan Kosmetik


Salam sejahtera, kita mula kan dengan pengenalan kepada perubatan Kosmetik.
Apakah itu perubatan kosmetik?

Mungkin kita terlintas dengan imej Michel Jackson yang telah menjalani perubahan drastik dari segi bentuk dan rupa paras sehingga beliau sentiasa menderita akibat kesan daripada perubahan beliau.

Sebenarnya perubatan Kosmetik adalah lebih daripada itu. Dahulu tiada perubatan Kosmetik , yang ada hanya PEMBEDAHAN PLASTIK . Iaitu seperti memancungkan hidung dan sebagainya.

Perubatan Kosmetik pada dasar nya untuk merawat perubahan pada kulit dan paras akibat kesan penuaan, kesan matahari dan mungkin kesan daripada penyakit.

Contohnya adalah kedut kedut muka adalah kesan penuaan, tompok tompok hitam adalah kesan kerosakan akibat cahaya matahari dan parut jerawat dan chicken Pox adalah kesan dari pada penyakit.

Kita bukan cuba mengubah ciptaan Tuhan tetapi cuma untuk memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk mempunyai kulit yang lebih cantik dan gebu, serta untuk kelihatan lebih muda.

Jika itu adalah salah , maka penggunaan alat makeup seperti cream pemutih adalah salah juga.

Secara ringkas nya , kemajuan sains perubatan di bidang laser telah membuka peluang kepada kita untuk merawat masalah kulit yang dahulunya sukar dan mustahil serta memberi peluang kepada kita untuk kelihatan lebih menawan , segar dan muda.

Namun begitu kecantikan adalah tetap pada mata yang memandang.