Friday, July 24, 2009

Hair Removal

Keinginan membuang bulu di badan bermula sejak seseorang itu di peringkat remaja dan berterusan sehingga usia tua. Samaada rambut di ketiak, muka , kaki , tangan , bikini line atau mana mana tempat di badan , kebanyakkan wanita DAN lelaki hanya mahu bulu kelihatan di atas kulit kepala sahaja.

Ada pelbagai kaedah untuk membuang bulu badan ini seperti mencabut, mencukur , waxing , laser dan pelbagai.

Kitar Hidup Rambut/Bulu.

Memahami kitar hidup bulu/rambut memboleh kan kita memahami dengan lebih mendalam proses membuang bulu badan lebih berkesan. Rambut menjalani 3 phasa dalam 1 kitaran hidup.
Phasa pertama ANAGEN adalah peringkat awal pertumbuhan rambut , Catagen adalah phasa perantara dan TELOGEN adalah phasa dewasa/rehat.

Jenis jenis kaedah menghilang kan bulu/rambut

1. Mencukur

Ia bersifat sementara , sebenar nya mencukur tidak menyebab kan rambut lagi tebal, tumbuh lagi cepat atau lagi banyak.Ia hanya memotong bulu di bahagian atas kulit , jadi pangkal rambut yang lebih tebal bila memanjang ia kelihatan seoalah olah lebih tebal.

2. Mencabut bulu

Agak menyakit kan .. dan kesan nya lebih lama dari mencukur . Namun begitu ia tetap akan tumbuh semula.

3.Waxing / sugar waxing

Wax yang panas di tuang di kulit , apabila ia sejuk rambut akan terlekat pada wax , kemudian rambut akan di tarik keluar dari kulit.

Sugar Waxing pula mengguna kan GULA seakan akan caramel yang panas akan di tuang di atas kulit . Cara nya sama cuma apa bila sudah selesai , proses mencuci sugar wax ini lebih mudah berbanding traditional wax.

4. Depilatories

Bahan kimia yang di gunakan adalah thioglycolate yang di campur dengan sodium hydroxide atau calcium hydroxide . Ia secara langsung men"cair"kan terus rambut .
Masalah utama adalah kesan samping nya kerana bahan kimia ini boleh men"cair"kan sel kulit juga.

5. Elektrolisis

Kesan lebih baik, menggunakan jarum halus untuk mengalirkan ELEKTRIK terus ke folikel rambut. Secara teori nya , kesan elektrik ini membakar folikel rambut . Elektrolisis adalah salah satu cara untuk membuang rambut secara kekal namun begitu masa yang di ambil untuk prosedure ini adalah lama, SAKIT , memerlukan seseorang yang MAHIR untuk melakukan nya dan prosedure ini perlu di lakukan setiap 12bulan ke 18 bulan. Kesan samping adalah sakit , pembentukan Keloid , hyperpigmentation dan hypopigmentation.

6. Laser

Laser yang di gunakan adalah IPL atau DIODE laser.
Diode laser adalah lebih berkesan. Untuk mengetahui bagaimana laser boleh bertindak menghilang kan bulu badan , sila lihat video di bawah.



Thalia Clinic menggunakan kaedah diode laser untuk membuang bulu badan.

Thursday, July 23, 2009

FRACTIONAL CO2 TECHNOLOGY



Fractional CO2 laser adalah rawatan yang agak terkini untuk merawat masalah kulit muka khusus nya. Untuk mengetahui secara am rawatan laser co2 ini , sila click di gambar untuk membaca rencana yang keluar di Majalah Wanita Ogos 2009.

Berikut adalah procedure fractional CO2 laser menggunakan Laser SmartXide .

Wednesday, July 22, 2009

Intense Pulse Light.

Apa kah itu Intense Pulse Light(IPL)? Apa kah istimewa nya Intense Pulse Light?
Hmmm..secara direct translation adalah ..Intense Pulse Light ada lah gelombang cahaya ( Light ) yang di lepas kan secara "kuat" ( Intense )pada satu denyutan ( pulse).
hmm..tak memberi apa apa maksud yang pasti. namun begitu , untuk peralatan IPL ini , apa yang berlaku , ia menghasil kan cahaya yang kuat mengikut spektrum gelombang cahaya yang tertentu ( mengikut ) filter pada satu satu masa .
Gelombang cahaya yang tertentu boleh merawat masalah kulit yang tertentu .
Kesan kesan IPL pada kulit adalah

1. face rejuvenation
2. rawatan pigmentasi
3. rawatan salur darah di muka
4. Rosacea
5. bulu badan

dan pelbagai lagi.



Di thalia clinic , Mesin IPL yang di gunakan adalah Lumenis One .

Monday, July 20, 2009

Freckles


Freckles merupa kan tompok tompok cokelat di pipi dan badan. Ia menjadi bertambah gelap kalau kulit itu terdedah lebih kerap di matahari.

Freckles boleh tumbuh se awal kanak kanak berusia 2 tahun. Tetapi kebanyakkan terdapat di bahagian tubuh yang banyak terdedah kepada matahari.

Rawatan untuk Freckles adalah chemical peel , Intense Pulse Light dan Q switched Nd:YAG laser sangat berkesan .

Friday, July 17, 2009

Melasma

Melasma adalah masalah pigmentasi yang biasa di alami . Warna yang kelabu ke cokelat , selalunya di temui di kawasan muka. Kawasan yang kerap di temui di muka adalah pipi, hidung , dagu dan bibir atas. Melasma juga boleh di temui di bahagian lengan dan leher.

Kebanyakkan melasma berlaku di kalangan wanita , namun begitu 10% kes melasma adalah di kalangan lelaki. Wanita atau lelaki yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap , lebih senang mendapat melasma.


Penyebab melasma masih belum di pastikan , namum orang yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai kes yang lebih tinggi.

Mengandung, pil perancang, kosmetik, rawatan hormone , ubat phototoxic , ubat sawan dan pendedahan kepada matahari boleh menyebab kan melasma. Melasma juga kerap berlaku kepada ibu mengandung dan di nama kan "chloasma". Pendedahan matahari boleh menyebabkan melasma kerana ultraviolet ( UV) dari matahari boleh merangsang melanocytes ( sel pembentuk pigmen kulit ) untuk menghasil kan pigment kulit.

Iritasi pada kulit juga boleh menyebab kan melasma , maka penggunaan produk kosmetik yang menyebabkan iritasi kulit boleh menyebabkan melasma.


Perubatan Kosmetik


Salam sejahtera, kita mula kan dengan pengenalan kepada perubatan Kosmetik.
Apakah itu perubatan kosmetik?

Mungkin kita terlintas dengan imej Michel Jackson yang telah menjalani perubahan drastik dari segi bentuk dan rupa paras sehingga beliau sentiasa menderita akibat kesan daripada perubahan beliau.

Sebenarnya perubatan Kosmetik adalah lebih daripada itu. Dahulu tiada perubatan Kosmetik , yang ada hanya PEMBEDAHAN PLASTIK . Iaitu seperti memancungkan hidung dan sebagainya.

Perubatan Kosmetik pada dasar nya untuk merawat perubahan pada kulit dan paras akibat kesan penuaan, kesan matahari dan mungkin kesan daripada penyakit.

Contohnya adalah kedut kedut muka adalah kesan penuaan, tompok tompok hitam adalah kesan kerosakan akibat cahaya matahari dan parut jerawat dan chicken Pox adalah kesan dari pada penyakit.

Kita bukan cuba mengubah ciptaan Tuhan tetapi cuma untuk memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk mempunyai kulit yang lebih cantik dan gebu, serta untuk kelihatan lebih muda.

Jika itu adalah salah , maka penggunaan alat makeup seperti cream pemutih adalah salah juga.

Secara ringkas nya , kemajuan sains perubatan di bidang laser telah membuka peluang kepada kita untuk merawat masalah kulit yang dahulunya sukar dan mustahil serta memberi peluang kepada kita untuk kelihatan lebih menawan , segar dan muda.

Namun begitu kecantikan adalah tetap pada mata yang memandang.