Friday, July 24, 2009

Hair Removal

Keinginan membuang bulu di badan bermula sejak seseorang itu di peringkat remaja dan berterusan sehingga usia tua. Samaada rambut di ketiak, muka , kaki , tangan , bikini line atau mana mana tempat di badan , kebanyakkan wanita DAN lelaki hanya mahu bulu kelihatan di atas kulit kepala sahaja.

Ada pelbagai kaedah untuk membuang bulu badan ini seperti mencabut, mencukur , waxing , laser dan pelbagai.

Kitar Hidup Rambut/Bulu.

Memahami kitar hidup bulu/rambut memboleh kan kita memahami dengan lebih mendalam proses membuang bulu badan lebih berkesan. Rambut menjalani 3 phasa dalam 1 kitaran hidup.
Phasa pertama ANAGEN adalah peringkat awal pertumbuhan rambut , Catagen adalah phasa perantara dan TELOGEN adalah phasa dewasa/rehat.

Jenis jenis kaedah menghilang kan bulu/rambut

1. Mencukur

Ia bersifat sementara , sebenar nya mencukur tidak menyebab kan rambut lagi tebal, tumbuh lagi cepat atau lagi banyak.Ia hanya memotong bulu di bahagian atas kulit , jadi pangkal rambut yang lebih tebal bila memanjang ia kelihatan seoalah olah lebih tebal.

2. Mencabut bulu

Agak menyakit kan .. dan kesan nya lebih lama dari mencukur . Namun begitu ia tetap akan tumbuh semula.

3.Waxing / sugar waxing

Wax yang panas di tuang di kulit , apabila ia sejuk rambut akan terlekat pada wax , kemudian rambut akan di tarik keluar dari kulit.

Sugar Waxing pula mengguna kan GULA seakan akan caramel yang panas akan di tuang di atas kulit . Cara nya sama cuma apa bila sudah selesai , proses mencuci sugar wax ini lebih mudah berbanding traditional wax.

4. Depilatories

Bahan kimia yang di gunakan adalah thioglycolate yang di campur dengan sodium hydroxide atau calcium hydroxide . Ia secara langsung men"cair"kan terus rambut .
Masalah utama adalah kesan samping nya kerana bahan kimia ini boleh men"cair"kan sel kulit juga.

5. Elektrolisis

Kesan lebih baik, menggunakan jarum halus untuk mengalirkan ELEKTRIK terus ke folikel rambut. Secara teori nya , kesan elektrik ini membakar folikel rambut . Elektrolisis adalah salah satu cara untuk membuang rambut secara kekal namun begitu masa yang di ambil untuk prosedure ini adalah lama, SAKIT , memerlukan seseorang yang MAHIR untuk melakukan nya dan prosedure ini perlu di lakukan setiap 12bulan ke 18 bulan. Kesan samping adalah sakit , pembentukan Keloid , hyperpigmentation dan hypopigmentation.

6. Laser

Laser yang di gunakan adalah IPL atau DIODE laser.
Diode laser adalah lebih berkesan. Untuk mengetahui bagaimana laser boleh bertindak menghilang kan bulu badan , sila lihat video di bawah.



Thalia Clinic menggunakan kaedah diode laser untuk membuang bulu badan.

2 comments: